Menurut agensi berita AP, polis menyatakan perlanggaran itu
disebabkan salah seorang pemandu sebuah Ferrari itu cuba untuk mengubah
laluan sebelum kereta tersebut merempuh penghadang jalan.
Kereta Ferrari itu kemudian berpusing di lebuh raya tersebut.
Beberapa buah kereta lain berlanggar kerana cuba mengelak Ferrari tersebut.
Tiada seorang yang cedera serius dalam nahas itu tetapi polis di
wilayah Yamaguchi menyatakan 10 orang dirawat kerana mengalami luka.
Menurut polis, 14 buah kereta terlibat dalam nahas itu.
Agensi berita AFP melaporkan bahawa kos perlanggaran itu melibatkan 300 juta yen (RM12.07 juta).
0 comments:
Post a Comment